Sunday, March 13, 2016

MULAI SEKARANG HARUS TAHU .. ❗❗❗❗ KETAHANAN G SHOCK
TERHADAP KEDALAMAN AIR🌊

MAKLUMAT WATER RESIST📣📣📣

Pada setiap bahagian belakang case jam tangan biasanya akan dijumpai keterangan atau tulisan "Water Resistant". Tahukah anda, bahawa ketahanan air setiap jam tangan berbeza-beza? Tahukah bahawa setiap jam tangan yang ada tulisannya Water Resist belum tentu boleh digunakan berenang? Adakah anda mengetahui maksud tulisan Bar, ATM atau 100m yang tertulis di bahagian belakang beberapa jenis jam tangan? Tahukah bezanya kalis air dengan Water Resistant? Jika jawapannya Tidak, maka baca terus artikel kali ini kerana kami akan memberikan sedikit gambaran mengenai ketahanan air jam tangan.

Water Resistant Vs Water Proof

Berdasarkan ISO (International Organization for Standardization), sebutan Water Proof sudah tidak digunakan lagi sejak tahun 1990 dan sudah banyak negara yang mengikutinya. Apabila anda melihat pada back case  tertulis Water Proof (bukan Water Resistant), bermakna jam tersebut dibuat pada tahun sebelum 1990 atau negara pembuat jam tersebut tidak mengikuti standard antarabangsa. Jadi, maksud kalis air dan Water Resistant lebih kurang sama saja, hanya perbezaan penyebutan saja. Untuk jam tangan yang masa ini yang kami ketahui hampir semuanya menggunakan istilah Water Resistant.

ATM / Bar / Meter (m)?

Untuk menandakan ketahanan air sebuah jam tangan digunakan satuan tekanan di atmosfera (ATM), Bar dan juga meter (m). 1 ATM = 1,01325 Bar = kurang lebih 10 m. Kalau dibulatkan menjadi 1 ATM = 1 Bar = 10 m.

Jam tangan yang hanya tulis Water Resistant saja (di belakangnya tidak ada tulisan 5/10 BAR / ATM / m) pada umumnya tidak boleh digunakan untuk berenang. Untuk penjelasan lebih perincian ada dibawah. Untuk maklumat keterangan tulisan ketahanan air pada sebuah jam dapat dilihat pada bahagian back case atau penutup jam seperti gambar dibawah.

Keterangan Water Resistant

Klasisifikasi Water Resistant

Jam tangan yang ada tulisan Water Resist 100 m bukan bererti jam tangan tersebut boleh digunakan untuk menyelam hingga kedalaman 100 m. Namun yang dimaksudkan adalah 100 m tekanan air (bukan kedalaman sebenar). Oleh kerana itu banyak pengeluar jam yang memilih menggunakan satuan tekanan (Bar atau ATM) berbanding unit meter (m) yang lebih kerap di analogikan sebagai unit jarak.
Klasifikasi ketahanan air jam tangan ditentukan  masing-masing oleh pengeluar jam.

Disebabkan tidak ada bahagian pemeriksa rasmi yang menyatakan standard Water Resist setiap jam tangan yang di keluarkan, yang dapat klasifikasinya  seperti dibawah:

Splash Resistant, Water Resistant 3 Bar / 3 ATM / 30 m atau hanya tertulis Water Resistant saja: Tahan air untuk kegiatan sehari-hari, hujan, percikan air. Tidak sesuai digunakan pada saat berenang atau terkena air bertekanan, misalnya terkena semburan air dari hos.

Water Resistant 5 Bar / 5 ATM / 50 m: Boleh digunakan untuk berenang di kolam renang atau di perairan cetek dan untuk pekerjaan yang berkaitan dengan air, misalnya memancing. Tidak sesuai digunakan untuk snorkeling dan terkena air bertekanan tinggi.

Water resistant 10 Bar / 10 ATM / 100 m: Boleh digunakan untuk berenang, snorkeling dan pada aktiviti sukan air yang bersifat rekreasi. Kurang sesuai digunakan pada keadaan terdedah kepada air bertekanan tambahan tinggi, misalnya pada sukan Jet Ski profesional.

Water Resistant 20 Bar / 20 ATM / 200 m: Boleh digunakan pada segala macam aktiviti marin profesional dan ski diving (menyelam cukup dalam)

Nota penting:

Ketika berada di dalam air, jangan tekan butang atau pusingan jam. Kerana butang / pusingan boleh membuat celah yang mengakibatkan air masuk ke dalam case jam. Khususnya untuk jam tangan yang sudah lama dipakai. Sebelum dibawa masuk ke air, sebaiknya periksa dulu posisi butang dan pusingan adakah sudah pada kedudukannya (tidak terbuka / tertarik). Hal ini berlaku untuk semua jenis jam tangan Water Resistant, kecuali pada buku manualnya ada keterangan selamat digunakan di dalam air (misalnya pada jenis Diver 's Watch / jam untuk menyelam).

Tidak disyorkan menggunakan jam masa sedang mandi atau mencuci, kerana kandungan kimia dari sabun dan syampu dalam jangan panjang boleh merosakkan getah seal jam.

Jam tangan yang direka secara khusus untuk menyelam menggunakan tabung, pada back-case nya akan tertulis Diver 's Watch atau Dive Watch. Untuk klasifikasi sebagai berikut:

Diver 's 100 m / 150 m: Boleh digunakan untuk Scuba Diving. Jam yang bertuliskan Diver 's 100 m atau 150 m biasanya adalah jam tangan yang keluaran lama.

Diver 's 200 m / 300 m: Boleh digunakan untuk Scuba Diving, mempunyai perlindungan yang lebih baik berbanding Diver' s 150 m. Tidak sesuai digunakan untuk Saturation Diving.

Diver 's> 300 m: Boleh digunakan untuk Saturation Diving (selaman dalam yang menggunakan tabung dengan campuran gas helium).

Semoga bermanfaat😊

Thursday, February 18, 2016

MADE IN MALAYSIA?MADE IN KOREA?
Basically g shock are made in:

Japan ca 1996
Japan H ca 1984
Japan M ca 1994
Japan Y ca 1997
Japan T ca 1994
Japan K ca 1998
Thailand Y ca 1996
Thailand H ca 2005
China Y ca 1996
Korea C ca 1995
Korea T ca 1993
Korea Y ca 1998
Malaysia ca 1995
Malaysia Y ca 2001
Huruf belakang selepas nama negara bermaksud tempat kilang yang di keluarkan.Tahun menunjukkan tahun pertama model jam g shock tu di keluarkan oleh kilang tersebut.(anggaran tahun)
Ada juga Japan Y assemble di Thailand or Malaysia
Ada juga  buckles yang made in Indonesia.
Sekarang kilang G shock yang keluarkan produk G Shock hanya di Japan, China, dan Thailand.Dulu G Shock ada di keluarkan di kilang Casio Bukit Raja,Klang tetapi sekarang G Shock tidak di keluarkan lagi di Malaysia.
Ada sesetengah jam G Shock yang di keluarkan di Japan lebih mahal harganya berbanding market price kerana kualiti  jam yang di keluarkan berbeza mengikut tempat kilang di keluarkan. It's a normal thing in the business world to outsource labor and materials (look at Apple, Inc) but implement the same high quality standards.
"... Ada sesetengah model G Shock lama dikeluarkan di Korea  & Malaysia.Tetapi sekarang kilang casio dah tak keluarkan lagi apa-apa G Shock di korea dan Malaysia.
Jepun China & Thailand adalah tempat utama  pengeluaran jam G Shock. :)

Memandangkan terdapat banyak newbies dan seller yang masih kurang arif pasal jam G ataupun jam Casio yang lain disini saya nak kongsi sikit tentang klausa Casio dalam teknologi pembuatan jam G dan model Casio yang lain.

a) Tough Solar - Bermaksud model-model G-Shock/Protrek/Edifice dan model standard Casio dilengkapi dengan panel solar yang dapat mencaj kuasa secara automatik dengan semua unsur cahaya. Tidak kiranya ianya cahaya matahari, lampu kalimantang, lampu neon dan lain-lain jam tersebut akan caj sendiri sekiranya terdedah pada sumber cahaya tersebut. Disokong oleh bateri caj semula yang boleh menyimpan tenaga selama antara 6 hingga 34 bulan bergantung kepada model yang terpilih. Model bateri yang paling umum sekali ialah bateri caj semula CTL-1616 dari Panasonic/Sony/Maxell/Sanyo.

b) Multiband 5/Multband 6/Waveceptor - Bermaksud jam Casio tersebut dilengkapi dengan antena penerimaan isyarat dari menara jam atomik di 5 atau 6 lokasi di seluruh dunia. (Zon 1: Bahagian Utara USA, Zon 2: Bahagian Utara Eropah (Jerman, UK), Zon 3: Bahagian Asia Timur (Jepun, China, Hong Kong, Taiwan dan Seoul, Korea). Jumlah : 6 menara atomik (USA : 1, Zon Eropah : 2, Jepun: 2 dan China : 1).
Apabila jam anda berada di zon yang disebut di atas, ianya akan masuk ke mod R/C = Receive Mode pada waktu tengah malam untuk penyelarasan waktu yang tepat setiap hari. Sekiranya anda berada diluar zon berkenaan, jam anda secara automatik akan 'off' fungsi tersebut. Perlu dingatkan, jam yang dilengkapi dengan isyarat atomik ini adalah lebih mahal berbanding model biasa disebabkan faktor hak cipta dan perjanjian antara Casio dengan operator menara atomik dimana Casio kena membayar kos penyelengaraan setiap tahun kepada menara jam atomik.

c) Tough Movement - Bermaksud pergerakkan kebal. Fungsi ini hanya digunakan pada model G/Protrek/Edifice yang mempunyai jarum ataupun jarum dengan angka digit. Fungsinya mudah, sekiranya jam anda terkena gegaran/hentakan/hentaman sisi/depan yang kuat, maka 'sensor' pada pukul 11 dan minit yang ke 55 akan mengaktifkan program penyelasan jarum secara automatik untuk meyelaraskan kembali jarum yang tersasar. Pada keadaan biasa pula, sensor ini akan pantau pergerakaan jarum-jarum jam setiap waktu pada kedudukan minit ke 55, untuk mengelakkan kerosakkan pada gigi gear jam dan melicinkan pergerakan jam tersebut.

d) Water Resist 20 Bar/200M - Bermaksud jam anda kalis air hingga 200 Meter dibawah permukaan tekanan air, sesuai untuk semua aktiviti kecuali aktiviti menyelam yang berat, maka model Frogman dengan 'Diver's Watch - jam penyelam perlu digunakan.

e) Screw Back/Case Back - Bermaksud 2 jenis pemasangan pada penutup jam anda. Screw back biasanya untuk model murah dan pertengahan yang menggunakan 4 biji skru mesin untuk mengetatkan penutup belakang dimana gigi skru akan menembusi lubang gigi pada bahan jam yang diperbuat dari resin. Untuk Case Back pula, ialah sambungan skru penutup badan terus kepada badan jam, biasanya merupai pintu kapal selam, biasanya untuk menampung tekanan air yang lebih kuat ketika aktiviti menyelam yang memakai gas oksi-helium. Contoh model caseback yang popular Frogman. Model-model G era 80an ~ 90 an juga menggunakan caseback tetapi disebabkan kos yang mahal, maka ianya hanya dipakai untuk model edisi ulang tahun sahaja.

f) Triple G Resist - Hanya terdapat pada G-Shock model jarum yang premium seperti model Aviator GW-A1000/A1100 dan model jarum G yang lain seperti MTG-S1000. Triple bermaksud 3 sigma penyerap hentakan dari jatuhan graviti secara mendatar, penyerap gegaran dan penyerap hentak akibat daripada objek ke badan/casis jam.

g) Alpha Gel (a-Gel) - Sejenis gel yang lembut dari sebatian getah sintetik dan silikon yang dipasang pada sekeliling G-Shock sebagai penyerap hentak tambahan kepada keseluruhan casis jam bagi melindungi modul jam dari hentakan pelbagai sudut. Model yang menggunakan teknologi terbaru ini ialah Raja G-Shock, GX-56/GXW-56, GD-X6900, GW-A1000/A1100 dan model Edifice EQW-A1200.

h) Shock Absorbing Structure - Bermaksud Struktur Penyerap Hentakan. Teknologi ini mula diguna pakai pada G-Shock yang pertama DW-5000C pada tahun 1983 dimana menggunakan konsep Triple Ten = Kalis air 100 meter, bateri tahan higga 10 tahun dan tahan hentak dari jatuhan setinggi 10 meter. Konsep ini dikekalkan hingga hari dalam asas pembuatan G-Shock.

i) Anti Magnetic - Bermaksud jam anda akan beroperasi seperti biasa sekiranya berada di kawasan yang mempunyai gangguan magnet. Tetapi ini bukan bermakna ianya kalis sepenuhnya, sekiranya medan magnet itu tinggi, waktu pada jarum jam juga akan tersasar. Jadi, adalah lebih elak daripada terkena kerosakan yang lebih teruk.

j) Smart Access - Bermaksud 'Akses Pintar'. Teknologi yang dibangunkan oleh Casio pada tahun 2011 pada model Oceanus OCW-T1000 telah berjaya mengejutkan dunia pembuatan jam jarum dimana pada umum mengetahui jam jarum adalah jam yang paling kompleks dalam pembuatan dan penyelarasan semula. Dengan 'Akses Pintar' jam jarum yang mempunyai teknologi ini akan memudahkan proses penyelarasan jarum-jarum jam dengan hanya memutar, mencuit dan mengunci hanya dengan satu butang sahaja. Butang pintar ini sebenarnya adalah suis elektronik dimana tugasnya mengawal pergerakan 5 ataupun 6 motor kecil yang mempunyai 'relay' ataupun 'solenoid' untuk fungsi pergerakan jarum yang pantas dan tepat, untuk fungsi sampingan seperti penyelarasan pengera, timer dan waktu dunia. Teknologi ini telah diperluaskan pada siri G-Shock aviator GW-A1000/A1100, Siri Gulfmaster GWN-1000, Mudmaster GWG-1000 dan Edifice EQW/EQS-A1000/EQW-A1110 dan EQW-A1200. Bagi Protrek pula hanya model yang premium PRX-7000/7001 mempunyai fungsi ini.

k) Power Saving/Sleep - Bermaksud jam telah memasuki mod penjimatan kuasa. Biasanya ianya terdapat pada model Tough Solar, fungsi ini akan diaktifkan secara 'default' semasa di kilang untuk menjimat tenaga yang dikeluarkan oleh bateri caj semula supaya penyimpanan tenaga yang lebih baik dan cekap. Terdapat 2 mod Power Save: Bagi mod pertama ianya hanya tidur-tidur ayam untuk tempoh 24 jam dimana skrin jam akan menjadi 'kosong' untuk jam digit dengan perkataan 'PS' akan berkelip-kelip, dan jarum saat akan 'parking' pada pukul 12, tetapi masa masih dikekalkan. Bagi mod kedua ianya tidur penuh dimana perkataan 'PS' menjadi kekal dan bagi model jarum pula, hampir kesemua jarum telah 'parking' pada pukul 12. Pada mod ini pula, masa masih disimpan dalam memori jam tetapi untuk fungsi yang lebih kompleks pula akan ditutup sepenuhnya untuk lebih penjimatan kuasa. Untuk membangunkan semula jam, hanya tekan sebarang butang ataupun pancarkan ianya kepada sebarang sumber cahaya dan jam akan beroperasi seperti biasa.

l) ISO 200 Diver's Watch - Bermaksud jam ini khas untuk aktiviti menyelam dari pertengahan hingga professional. Satu-satu model G-Shock yang mendapat lesen 'khas' kalau bukan Frogman. Setiap model pembuatan Frogman akan diuji secara individu untuk menepati standard ISO 6425 yang memerlukan ketahanan yang kuat dan teguh ketika jam berkerja di bawah tekanan/paras air yang tertinggi supaya operasi jam tidak terjejas akibat faktor tekanan lampau udara air yang ekstrem. Oleh itu, setiap jam Frogman hanya akan dipasang dengan 'Caseback' penuh dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi seperti Stainless Steel Block dan Titanium. Justeru, nilai Frogman adalah tinggi dimana kos pembuatan Frogman bersamaan dengan 3 hingga 10 model G-Shock yang biasa.

m) DLC Coating - Bermaksud 'Saduran Bak Karbon Berlian'. Sejenis teknik saduran pengilapan pada permukaan bahan besi tahan karat dimana satu lapisan karbon yang kalis dengan karat akan digilap bersama pada permukaan besi tahan karat. Hasil pengilapan yang tinggi akan menghasilkan satu kesan kilauan karbon hitam sebagai lapisan perlindungan tambahan kepada permukaan besi tahan karat daripada mudah menjadi karat. Model yang mempunyai kesan khas ini ialah model petak premium GW-5000-1JF dan Frogman GWF/GF-1000.

n) Alarm Chronograph - Bermaksud jam Casio tidak kira model G-Shock, Protrek, Edifice ataupun model yang standard akan dilengkapi dengan fungsi penggera (alarm), count down timer (sejenis jam randik yang mengira masa yang ditetapkan pada arah lawan jam), jam randik (stopwatch) untuk pengiraan masa suatu acara ataupun pusingan.

o) Sapphire Glass - Bermaksud Kaca Nilam. Kaca Nilam merupakan kaca yang tahan dari kesan calar yang teruk dimana biasanya digunakan pada model G yang premium seperti model jarum solar atomik, GW-A1100. Penggunaan kaca nilam ini pada mulanya diguna pakai pada model eklusif Casio iaitu Oceanus Manta.

p) GPS Hybrid - Bermaksud gabungan 2 teknologi GPS dengan Multiband 6 pada model aviator generasi ketiga GPW-1000 yang akan dilancarkan pada suku ketiga ataupun keempat pada tahun 2014. Dihasilkan dengan kerjasama antara Sony Jepun dengan Casio Jepun, ianya merupakan penyelesaian 2 dalam satu dimana GPS akan berfungsi secara automatik sekiranya isyarat Multiband 6 diluar kawasan penerimaan isyarat, seperti juga fungsi GPS akan terpadam secara automatik sekiranya jam ini berada di kawasan isyarat penerimaan dari menara jam atomik.

q) Flash Alert - Bermaksud sebagai 'reminder' bahawa waktu operasi telah sampai masa ataupun dah cecah waktu tamat. Fungsi hanya berlaku pada mod alarm, signal masa dan timer. Ianya perlu diaktifkan secara manual di mod masa dimana lokasi suis adalah di sebelah kanan bawah (untuk model bateri DW-5600, DW-6900). Manakala untuk model G-7900 pula fungsinya terletak di sebelah atas butang kanan. Logo yang biasa dijumpai adalah logo komet ataupun perkataan 'FLASH' pada sesetengah model G.

r) Illumination / Light - Merupakan lampu fotosintesis karbon untuk jam Casio anda ketika waktu malam. Mula diperkenalkan pada tahun 1994 pada model G DW-6600 sebelum ianya dijadikan lampu standard kepada semua jam Casio, terutama yang berangka digit. Bagi sesetengah model pula (terutama model jarum dengan digit) akan disertakan dengan 2 lampu (Double EL) ataupun lampu kombo EL/LED. Pada tahun 2010, Casio mula memperkenalkan model G lampu LED berkembar yang pertama untuk model GD-100 sebagai alternatif kepada EL.

s) Auto EL / Light - Bermaksud apabila fungsi ini diaktifkan, maka lampu akan menyala sekira pergelangan tangan berpusing ke arah muka pada 40 darjah. Butang yang umum untuk diaktifkan ialah butang lampu ataupun butang G. Lampu Auto EL kebiasaan akan tutup secara automatik sekiranya penggunaan tanpa henti selama 6 jam untuk penjimatan kuasa bateri. Untuk tanda auto EL, biasanya akan disertakan logo koment dengan perkataan AUTO diatas logo komet, untuk model G tahun 2000, perkataan LT = Light untuk model G yang menggunakan LED bermula tahun 2010 hingga kini.

Hari ni dapat belajar sikit pasal Vintage NIKE tag..  :)

-->Pinwheel 70-80's
--> Oren 70-80's
--> Blue 80's
--> Grey 80-90's

Masih ada lagi yang tanya kalau Converse "under license" Ori ke Fake?

Sebenarnya bila dinyatakan under license, bermaksud barang tu adalah original. Cuma ia dibuat oleh company atau negara lain setelah mendapat kelulusan dari syarikat induk atau HQ. Tak kira lah barang apa pun, konsepnya tetap sama, Adidas,Nike,Puma pun camtu juga.

Tapi kalau soal harga dalam dunia bundle, ia memang jauh lagi murah berbanding yang made in USA atau pengeluar negara asal barang tersebut.
Otai-otai atau collector tak pandang sangat barang2 camni.

Kilang Kasut Getah ConverseRamai di kalangan kita yang memakai kasut Converse tapi tak tau sejarahnya, betul? So hari ni kami nak cerita sikit pasal kasut ni.. :)

Ok kita mula....

Syarikat kasut getah Converse ni sebenarnya bermula pada tahun 1908 di Malden,Massachusetts, sebuah kota di US dan ia diasaskan oleh lelaki yang bernama "Marquis Mills Converse".

KELAHIRAN ALL STAR


Tahun 1917, syarikat Converse telah mengeluarkan kasut  "All Star". Kasut bertapak getah dan body kanvas ini merupakan kasut elit yg direka khas untuk kegunaan pemain profesional basketball pada zaman itu.

Kemudian pada 1921, seorang pemain basketball yang bernama Charles Chuck Taylortelah menyertai pasukan basketball tajaan syarikat Converse yang dikenali sebagai "The Converse All Stars".

Chuck Taylor ketika menjadi jurulatih dan membuka klinik latihan di kebanyakan sekolah menengah pada masa itu, dia juga turut mempromosikan kasut All Star. Sebagai seorang athlete, jurujual dan duta kepada syarikat, Taylor membuat sedikit penambahbaikan dan patch bulat tu adalah salah satu ideanya. Fungsinya untuk melindungi buku lali.



ERA KEEMASAN CONVERSE

Kesan daripada pengaruh Chuck Taylor dalam bidang pemasaran dan pengembangan kasut ini, sayarikat Converse telah membuat penjenamaan semula dengan menambahkantanda tangan Chuck Taylor pada logo ALL STAR di patch bulat kasut tersebut. ia dilakukan pada1932.

Ketika itu, semakin ramai pemain basketball menggunakan kasut All Star. ia juga turut dipakai pula oleh ahli sukan Olympics. Bukan itu sahaja, pada Perang Dunia ke-2, kebanyakan tentera Amerika turut memakainya sewaktu menjalankan latihan.

Era keemasan Converse adalah pada tahun1940-1960an, ketika itu ia menjadi sneaker paling popular untuk kegiatan atletik. Dikatakan pada era kemuncaknya, ia telah mengusai sekitar 80% pasaran sneaker di US. Syarikat Converse juga telah membuat inovasi design pada era tersebut. Mereka memperkanalkan ikon hitam-putih Chuck Taylor All Star pada tahun 1949 dan low-cut Oxford Chuck pada1957. Dan sehinggalah pada era 1960an mereka mula mengeluarkan Chuck Taylor versi berwarna bagi memenuhi permintaan dari team basket lain untuk dipadankan dengan pakaian mereka.

Pada 1960an juga, Converse mula mengembangkan syarikat mereka dan membuka lebih banyak kilang dari masa ke semasa dan kasut "Converse Chuck Taylor All Stars" sudah digunakan sekitar 90% dari pemain basketball bertaraf profesional sehinggalah ke peringkat pelajar universiti. Beberapa tahun kemudian, kasut ini semakin mendapat tempat dan menjadi salah satu kasut kegilaan ramai.

Sepanjang tahun tersebut, kasut Converse Chuck Taylor All Stars telah mangalami sedikit kejutan budaya..hehe asalnya hanya digunakan sebagai kasut elit pemain basketball, tapi ia akhirnya beralih kepada kasut kasual dan menjadi pilihan ramai dari pelbagai lapisan masyarakat termasuklah para pelukis dan pemuzik terkenal. ia telah menjadi satu trend.

Converse All Star di mana-mana

KEJATUHAN CONVERSE

Meskipun ia adalah legasi yang diangkat sebagai kasut basket terlaris sepanjang masa, perubahan nasib Converse berada pada pasaran kasut Chuck Taylor All Star. Pada lewat 70an, pasaran mereka telah terpukul dengan kehadiran pesaing-pesaing baru seperti Nike, Adidas dan Puma yang turut fokus dalam mengeluarkan kasut sukan berkualiti tinggi.

Selepas beberapa perubahan management berlaku, jenama Converse musnah dan terbakar di awal tahun 2000. Seterusnya hampir mengiktiharkan bankrup pada 2001. Namun berjaya diselamatkan oleh syarikat Nike Inc.

Tree Rollins adalah pemain terakhir yang memakai Converse All Stars di NBA apabila pada 1979-1980 dan dia turut serta dalam mengubah suai kasut Chuck Taylors. Mereka mengeluarkan patch Bintang Bulat di buku lali dan digantikan dengan Bintang Chevron yang dijahit di sisi kanvas.

Logo Converse Chevron

Sekian sedikit perkongsian dari kami
Mohon share kepada kawan-kawan yang lain jika lu benar-benar pencinta Vintage. 

Categories

Sample Text

Blog Archive

Total Pageviews

Pages

Powered by Blogger.

Most Trending

Popular Posts

Recent Posts