Thursday, March 12, 2015

Terdapat dua keluaran jenis jam tangan di pasaran, iaitu Pembuat Jam (Watchmaker) dan Jam Fesyen (Fashion Watch). Bagi memberi pulangan kepada pihak pemakai adalah disyorkan membeli jam tangan yang dibuat oleh Pembuat Jam dan bukannya Jam Fesyen.

Kenapa Jam Tangan Fesyen tiada pulangan nilai? dan susut nilainya terlampau tinggi, kadang kala ianya dibeli ribuan ringgit namun apabila ingin dijual ianya tiada nilai? Ini adalah disebabkan, faktor utama iaitu, kualiti enjin dan Jam Tangan Fesyen adalah hanya sekadar trend dan ianya akan tiada nilai apabila trend dan fesyen jam tangan itu tidak ramai yang gemari.

Untuk pengetahuan semua, Jam Tangan yang diperbuat oleh Pembuat Jam akan dilihat tanda (marking) seperti SWISS MADE, SWISS PART, SWISS MOVT (Swiss Movement), JAPAN MOVT (Japan Movement), JAPAN PART dll.



Perhatikan dibawah foto jam berkenaan: Kebanyakan Pembuat Jam akan menanda Swiss Made, Swiss Movt, Japan Movt dll pada keluaran jam mereka.

Manakala bagi Jam Fesyen pula, tiada tanda keluaran enjin seperti foto dibawah:

Kadangkala Jam Fesyen mampu mencecah harga sehingga puluhan ribu ringgit, namun ia hanyalah lebih kepada sekadar nama JENAMA (brand) sahaja. Tapi hakikatnya ramai kolektor tidak akan memilih Jam Tangan yang hanya lebih kepada Jenama. Maka disebabkan itu susut nilai jam tangan seperti ini jauh lebih tinggi daripada harga beli.

Jangan tanya kenapa jika anda bertanya ke kedai jam tangan terpakai, sekiranya jam tangan anda sangat kurang nilainya jika anda menggunakan jam tangan fesyen. Pilihan ditangan anda untuk menilai dan membeli, tepuk dada tanya selera.

Posting akan datang akan saya menceritakan serba sedikit tentang kualiti enjin jam tangan pula.
[http://rarecycle.blogspot.com]



0 comments:

Post a Comment

Categories

Sample Text

Blog Archive

Total Pageviews

Pages

Powered by Blogger.

Most Trending

Popular Posts

Recent Posts