Sunday, March 13, 2016

MULAI SEKARANG HARUS TAHU .. ❗❗❗❗ KETAHANAN G SHOCK
TERHADAP KEDALAMAN AIR🌊

MAKLUMAT WATER RESIST📣📣📣

Pada setiap bahagian belakang case jam tangan biasanya akan dijumpai keterangan atau tulisan "Water Resistant". Tahukah anda, bahawa ketahanan air setiap jam tangan berbeza-beza? Tahukah bahawa setiap jam tangan yang ada tulisannya Water Resist belum tentu boleh digunakan berenang? Adakah anda mengetahui maksud tulisan Bar, ATM atau 100m yang tertulis di bahagian belakang beberapa jenis jam tangan? Tahukah bezanya kalis air dengan Water Resistant? Jika jawapannya Tidak, maka baca terus artikel kali ini kerana kami akan memberikan sedikit gambaran mengenai ketahanan air jam tangan.

Water Resistant Vs Water Proof

Berdasarkan ISO (International Organization for Standardization), sebutan Water Proof sudah tidak digunakan lagi sejak tahun 1990 dan sudah banyak negara yang mengikutinya. Apabila anda melihat pada back case  tertulis Water Proof (bukan Water Resistant), bermakna jam tersebut dibuat pada tahun sebelum 1990 atau negara pembuat jam tersebut tidak mengikuti standard antarabangsa. Jadi, maksud kalis air dan Water Resistant lebih kurang sama saja, hanya perbezaan penyebutan saja. Untuk jam tangan yang masa ini yang kami ketahui hampir semuanya menggunakan istilah Water Resistant.

ATM / Bar / Meter (m)?

Untuk menandakan ketahanan air sebuah jam tangan digunakan satuan tekanan di atmosfera (ATM), Bar dan juga meter (m). 1 ATM = 1,01325 Bar = kurang lebih 10 m. Kalau dibulatkan menjadi 1 ATM = 1 Bar = 10 m.

Jam tangan yang hanya tulis Water Resistant saja (di belakangnya tidak ada tulisan 5/10 BAR / ATM / m) pada umumnya tidak boleh digunakan untuk berenang. Untuk penjelasan lebih perincian ada dibawah. Untuk maklumat keterangan tulisan ketahanan air pada sebuah jam dapat dilihat pada bahagian back case atau penutup jam seperti gambar dibawah.

Keterangan Water Resistant

Klasisifikasi Water Resistant

Jam tangan yang ada tulisan Water Resist 100 m bukan bererti jam tangan tersebut boleh digunakan untuk menyelam hingga kedalaman 100 m. Namun yang dimaksudkan adalah 100 m tekanan air (bukan kedalaman sebenar). Oleh kerana itu banyak pengeluar jam yang memilih menggunakan satuan tekanan (Bar atau ATM) berbanding unit meter (m) yang lebih kerap di analogikan sebagai unit jarak.
Klasifikasi ketahanan air jam tangan ditentukan  masing-masing oleh pengeluar jam.

Disebabkan tidak ada bahagian pemeriksa rasmi yang menyatakan standard Water Resist setiap jam tangan yang di keluarkan, yang dapat klasifikasinya  seperti dibawah:

Splash Resistant, Water Resistant 3 Bar / 3 ATM / 30 m atau hanya tertulis Water Resistant saja: Tahan air untuk kegiatan sehari-hari, hujan, percikan air. Tidak sesuai digunakan pada saat berenang atau terkena air bertekanan, misalnya terkena semburan air dari hos.

Water Resistant 5 Bar / 5 ATM / 50 m: Boleh digunakan untuk berenang di kolam renang atau di perairan cetek dan untuk pekerjaan yang berkaitan dengan air, misalnya memancing. Tidak sesuai digunakan untuk snorkeling dan terkena air bertekanan tinggi.

Water resistant 10 Bar / 10 ATM / 100 m: Boleh digunakan untuk berenang, snorkeling dan pada aktiviti sukan air yang bersifat rekreasi. Kurang sesuai digunakan pada keadaan terdedah kepada air bertekanan tambahan tinggi, misalnya pada sukan Jet Ski profesional.

Water Resistant 20 Bar / 20 ATM / 200 m: Boleh digunakan pada segala macam aktiviti marin profesional dan ski diving (menyelam cukup dalam)

Nota penting:

Ketika berada di dalam air, jangan tekan butang atau pusingan jam. Kerana butang / pusingan boleh membuat celah yang mengakibatkan air masuk ke dalam case jam. Khususnya untuk jam tangan yang sudah lama dipakai. Sebelum dibawa masuk ke air, sebaiknya periksa dulu posisi butang dan pusingan adakah sudah pada kedudukannya (tidak terbuka / tertarik). Hal ini berlaku untuk semua jenis jam tangan Water Resistant, kecuali pada buku manualnya ada keterangan selamat digunakan di dalam air (misalnya pada jenis Diver 's Watch / jam untuk menyelam).

Tidak disyorkan menggunakan jam masa sedang mandi atau mencuci, kerana kandungan kimia dari sabun dan syampu dalam jangan panjang boleh merosakkan getah seal jam.

Jam tangan yang direka secara khusus untuk menyelam menggunakan tabung, pada back-case nya akan tertulis Diver 's Watch atau Dive Watch. Untuk klasifikasi sebagai berikut:

Diver 's 100 m / 150 m: Boleh digunakan untuk Scuba Diving. Jam yang bertuliskan Diver 's 100 m atau 150 m biasanya adalah jam tangan yang keluaran lama.

Diver 's 200 m / 300 m: Boleh digunakan untuk Scuba Diving, mempunyai perlindungan yang lebih baik berbanding Diver' s 150 m. Tidak sesuai digunakan untuk Saturation Diving.

Diver 's> 300 m: Boleh digunakan untuk Saturation Diving (selaman dalam yang menggunakan tabung dengan campuran gas helium).

Semoga bermanfaat😊

7 comments:

  1. Saya pakai G SHOCK model GLX 6900.Memang lasak dan puas hati.

    ReplyDelete
  2. Saya gunakan jam Orient dengan water resistant.

    Sekarang ini jam itu dimasuki air. Hantar untuk repair dan tukang jam kata mesinnya sudah karat. Dia cadangkan untuk ganti mesin itu.

    Terus pitam kejap... huwakkkk

    Psst: tak ada cara lain ke nak betulkannya apabila mesin jam tu dah ada karatan ek? Contohnya sebur sejenis bahan kimia ke apa ke...

    ReplyDelete
  3. Maklumat yang sangat sangat sangat bagus. Semoga orang ramai lebih paham dan tahu daya ketahanan jam masing-masing.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas maklumat tesebut

    ReplyDelete
  5. Informasi yang sangat baik. Minta izin share ya.

    ReplyDelete
  6. Sy pakai jam king ori,tp kaca dlm ada air,sbb kaca dia dua lapis,mcm mana nk buat,nk tgk pn x npak,

    ReplyDelete

Categories

Sample Text

Blog Archive

Total Pageviews

Pages

Powered by Blogger.

Most Trending

Popular Posts

Recent Posts