Monday, March 23, 2015


Ramai yang tidak perasan, sememangnya pembelian gadget gadget yang membabitkan teknologi akan mengalami susut nilai walaupun baru sesaat selepas dibeli. Jadi untuk menjadi pengguna yang bijak seharusnya memikir dan memilih spesifikasi yang diinginkan, tempoh penggunaan, dan nilai pembelian gadget yang dibeli.

Tiada istilah "JUALAN RUGI" dalam menjual gadget gadget teknologi seperti handphone dll, kerana bagi saya membeli gadget gadget teknologi sememangnya rugi, kecualilah anda seorang "penjual balik" iaitu seperti pekedai pekedai handphone terpakai, kerana mereka akan membeli dengan harga yang telah mereka tetapkan dan menjual semula dengan keuntungan.

Apakah yang perlu anda ambil kira sekiranya ingin membeli sesuatu gadget seperti handphone?

1.Spesifikasi
Anda perlu memeriksa dan membandingkan model handphone yang anda inginkan dengan model handphone yang lain. Adakah anda rasa berbaloi sekiranya model A yang popular menggunakan 1gb ram , camera 10mp berharga rm700, manakala model B yang kurang popular pula menggunakan 2gb ram, camera pula 12mp dan berharga rm350. 

2.Jenama (brand)
Jenama turut memberi peranan kerana ia mengambil kira pengguna yang menggunakan sesuatu handphone, sekiranya Jenama A sangat popular ini bermakna semakin teguh pasaran dan pengguna , sekiranya anda ingin menjual balik harganya tidaklah begitu jatuh.

3.Tempoh Penggunaan
Adakah anda pernah terfikir selama mana penggunaan gadget yang anda ingin kan? Adakah setahun,2 tahun atau dua bulan? Sekiranya anda dalam golongan yang gemar menukar handphone kurang daripada setahun sepastinya anda dapat merasakan kerugian nilai belian.

Anda berhak memikir dan memilih apa yang anda inginkan. ini hanyalah sebahagian tips untuk membeli gadget teknologi terutamanya handphone.

Sekiranya diberi pilihan, saya akan memilih model B yang kurang popular dan saya juga bukanlah seorang handphone trendy yang akan menukar sesebuah handphone dalam setahun, dan saya rasakan saya akan menggunakan paling kurang dalam jangkamasa 3 tahun. Dengan nilai pembelian yang murah dan adanya spesifikasi yang saya inginkan, saya rasa ianya berbaloi.
Pilihan di tangan anda.
Berikut adalah carta bagi mengenal pasti tahun pembuatan Zippo

Thursday, March 12, 2015

Terdapat dua keluaran jenis jam tangan di pasaran, iaitu Pembuat Jam (Watchmaker) dan Jam Fesyen (Fashion Watch). Bagi memberi pulangan kepada pihak pemakai adalah disyorkan membeli jam tangan yang dibuat oleh Pembuat Jam dan bukannya Jam Fesyen.

Kenapa Jam Tangan Fesyen tiada pulangan nilai? dan susut nilainya terlampau tinggi, kadang kala ianya dibeli ribuan ringgit namun apabila ingin dijual ianya tiada nilai? Ini adalah disebabkan, faktor utama iaitu, kualiti enjin dan Jam Tangan Fesyen adalah hanya sekadar trend dan ianya akan tiada nilai apabila trend dan fesyen jam tangan itu tidak ramai yang gemari.

Untuk pengetahuan semua, Jam Tangan yang diperbuat oleh Pembuat Jam akan dilihat tanda (marking) seperti SWISS MADE, SWISS PART, SWISS MOVT (Swiss Movement), JAPAN MOVT (Japan Movement), JAPAN PART dll.



Perhatikan dibawah foto jam berkenaan: Kebanyakan Pembuat Jam akan menanda Swiss Made, Swiss Movt, Japan Movt dll pada keluaran jam mereka.

Manakala bagi Jam Fesyen pula, tiada tanda keluaran enjin seperti foto dibawah:

Kadangkala Jam Fesyen mampu mencecah harga sehingga puluhan ribu ringgit, namun ia hanyalah lebih kepada sekadar nama JENAMA (brand) sahaja. Tapi hakikatnya ramai kolektor tidak akan memilih Jam Tangan yang hanya lebih kepada Jenama. Maka disebabkan itu susut nilai jam tangan seperti ini jauh lebih tinggi daripada harga beli.

Jangan tanya kenapa jika anda bertanya ke kedai jam tangan terpakai, sekiranya jam tangan anda sangat kurang nilainya jika anda menggunakan jam tangan fesyen. Pilihan ditangan anda untuk menilai dan membeli, tepuk dada tanya selera.

Posting akan datang akan saya menceritakan serba sedikit tentang kualiti enjin jam tangan pula.
[http://rarecycle.blogspot.com]




Diecast F1 1:43
Shell by Onyx 
NO27 Aryton Senna
1990 mclaren honda v10 diecast mp4/5b









Mungkin bila di pandang ianya adalah hanya sebuah candy jar sahaja, tapi bagi seorang yang mengumpul koleksi olimpik terutamanya USA 1980 ianya adalah ibarat lubuk emas. Ianya adalah keluaran Packy LA Olympic Commitee 1980. Priceless bagi seorang collector.


Casio ada 3 tempat pembuatan walaupun ianya model yang sama.
Disini akan senaraikan dengan lengkap dimana jam G-Shock dibuat.

a) Kilang Casio Yamagata, Jepun.
Kilang premium Casio adalah khusus untuk pembuatan dan pertukangan jam yang tertinggi dalam kelasnya tersendiri, kesemua model dihasilkan merupakan model Aras Tinggi ataupun Finest Level Watch Making.
Model-model yang dihasilkan sepenuhnya di kilang ini ialah:


1) Master of G - Frogman (kesemua model Frogman dari model sulung DW-6300 hingga ke model generasi terkini, GWF-1000 ataupun GF-1000.

2) Model FS dan VT untuk model DW-6900FS dan DW-5600VT untuk kolaborasi dengan jenama tempatan yang terkenal di Jepun seperti siri animasi, automotif, makanan/minuman, fesyen pakaian/kasut, pasukan besbol ataupun bola sepak tempatan Jepun. Kebiasan model ini ialah untuk hadiah ataupun 'gift watch' kepada kakitangan yang berkhidmat dengan syarikat berkenaan.

3) Model solar atomik petak GW-5000. Model ini dikhusus pembuatan di Jepun disebabkan model ini merupakan model 'origin' ataupun tempat lahir model pertama G-Shock DW-5000 pada bulan April, tahun 1983.

4) Model ulang tahun seperti edisi ke 30 G-Shock dimana model petak DW-5030C, GW-T5030C dikhusus juga dalam pembuatan ini untuk mengekalkan statusnya sebagai model sulung G-Shock yang berada di pasaran selama 3 dekad.

5) Selain G-Shock, kilang Yamagata juga menghasilkan model-model Protrek premium yang khusus untuk pasaran Jepun sahaja. Contoh: PRW-2000A, PRW-5000, PRW-5100, PRW-S2500, PRW-S5100, PRW-5050, PRW-6000, PRX-7000 & PRX-8000.

6) Model yang lain juga dihasilkan ialah MRG, MTG dan Oceanus. Model MRG dan MTG merupakan model G-Shock yang paling tinggi dan termahal disebabkan faktor penggunaan bahan mentah yang berkualiti tinggi seperti Titanium dan Gred Besi Tahan Karat yang terbaik ataupun dipanggil 'Refined Material'. Manakala Oceanus pula ianya adalah kesemua teknologi G-Shock dalam casis jam Rolex, Oris yang lebih nipis dan elegan.

7) Model aviator. Contoh: GW-A1000, GW-A1100, GPW-1000, GW-3000, GW-3500 & GW-4000

8) Kebiasaan kod kilang premium akan di tempa dengan huruf Y, H, K dan P pada permukaan belakang jam.

Kod ini merupakan kod pengeluaran standard dijamin kualiti ditahap tertinggi.
[http://rarecycle.blogspot.com/]
b) Kilang Casio Thailand, Thailand.
Kilang pertengahan ini ditubuhkan pada sekitar tahun 2003 dengan kapasiti menghasilkan model pertengahan kepada pasaran global. Model-model yang dihasilkan ialah:

1) Model Master of G - Mudman G-9000, G-9300/GW-9300. Gulfman G-9100/GR-9110/GW-9110. Riseman GW-9200/GW-9200J/G-9200. Rangeman GW-9400/GW-9400J.

2) Model DW-5600/DW-6900, G-5600/GW-5600, G-6900/GW-6900.

3) Model Protrek siri PRG: PRG-40, PRG-50, PRG-60, PRG-70, PRG-80, PRG-90, PRG-100, PRG-110, PRG-130, PRG-240, PRG-250, PRG-260, PRG-270, PRG-280 dan PRW-3000.

4) Model GDX-6900 & GBA-400, G-8000, G-8100.

5) Model aviator pertengahan: G-1050, G-1200, G-1250, G-1400 dan G-1500

*Nota: Semasa berlaku bencana banjir besar di Thailand pada tahun 2011 dimana ianya telah melumpuhkan operasi kilang Casio di Thailand, maka sesetengah batch pengeluaran model Master of G terpaksa dipindahkan sementara ke kilang Casio Yamagata Jepun untuk menampung permintaan. Oleh itu, model-model Master of G seperti Riseman G-9200 dan Mudman G-9300 pada tahun 2011/2012 akan mempunyai kod huruf Y dibelakang jam tersebut. Untuk model Master of G Mudman G-9000 dan Gulfman G-9100/GR-9110/GW-9110 pula dipindahkan di kilang Casio China. Pada tahun 2013, model-model Master of G dipindah kembali ke kilang Casio Thailand yang baru di utara Thailand.

c) Kilang Casio GuangZhou, China

Kilang permulaan ini merupakan tempat pembuatan kesemua model asas jam Casio termasuk model G-Shock yang tidak perlu menitik berat fungsi yang kompleks.
Model-model yang dihasilkan ialah:

1) DW-6900-1V/DW-6900G/DW-5600E/DW-5600G.

2) Model Xtra Large GA-100/GA-110/GA-120/GA-150/GA-200/GA-210/GA-300/GA-300/GA-310/GA-400/GD-100/GD-200/GD-350/GD-400.

3) Model siri 7900: G-7900, G-7900A, GR-7900, GW-7900.

4) Model siri 8900: GLS-8900, GR-8900, GW-8900, GWX-8900

5) Model siri GLX: GLX-150, GLX-5600, GLX-6900

6) Model siri M5610: GW-M5610, GW-M5610B, GW-M5610NV,
GW- M5610KG dan model-model yang setaraf.

7) Model standard yang lain: AWG-M100, AWG-M510, GW-M500/500F.

8) Kod yang biasa ditempa di belakang jam ialah DH.


[http://rarecycle.blogspot.com/]

Nota Tambahan: Untuk perkataan Cased in Thailand ataupun China yang biasanya dijumpai pada model jarum dengan angka ataupun dengan jarum, perlu diingatkan bahawa kesemua modul jam direka di Casio Jepun.
Kilang Thailand ataupun China bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses pemasangan ataupun CKD (Complete Knock Down), hanya model-model dari kilang premium Yamagata Casio Jepun saja ialah CBU
(Complete Built Unit) sepenuhnya.

Mengenai tali dan buckle pula ada yang buatan Jepun, China dan Indonesia. Kebiasan model standard warna hitam biasanya akan dibuat oleh Casio Jepun sebagai sampel sebelum dipindahkan pada 2 kilang
yang lain untuk pengeluaran penuh. Sesetengah model yang mempunyai warna ataupun lapisan berkilau akan diselia sepenuhnya oleh Casio Jepun. Setelah kedua-dua pembekal bahan mentah ke kilang Thailand dan China lulus dalam ujian sampel QC oleh Casio Jepun, maka lampu hijau akan diberikan kepada mereka.


Ingat, kualiti resin pada jam Casio adalah terkawal jadi tidak usah risau dimana ianya dikeluarkan lagipun ianya juga berasal dari kilang Casio.




Tahukah anda jam tangan ini mula dijual pada tahun 1983. Model pertama yang dihasilkan Casio ialah DW-5000 dan semenjak itu lebih 50 000 000 utas jam tangan berjenama G-Shock telah terjual.

























Individu yang bertanggungjawab menghasilkan jam ini ialah Kikuo Ibe. Menurut Kikuo G-Shock tercipta kerana beliau bosan dengan masalah jam milik beliau yang cepat rosak apabila terjatuh. Beliau yang pada ketika itu bekerja dengan Casio terus berfikir bagaimanakah cara untuk menghasilkan jam yang tahan lasak. Proses penyelidikan dan penghasilan G-Shock bermula pada tahun 1981 dan ianya diberi nama "Project Tough". 

















Pada awalnya Kikuo bercadang menggunakan binaan dalaman yang lebih tahan lasak daripada biasa didalam jam bagi memberikan ketahanan yang diperlukan. Tetapi dalam ujian awal dimana prototaip jam dijatuhkan pada ketinggian 10 meter jelas jalan penyelesaian ini tidak menhasilkan ketahanan yang memuaskan.

Penyelesaian terhadap masalah bagaimana menghasilkan jam tangan yang tahan lasak akhirnya dijumpai secara tidak sengaja. Beliau mendapat ilham apabila melihat bagaiman bebola getah mengajal selepas terjatuh. Prototaip dihasilkan dan ianya mampu memenuhi keperluan TRIPLE TENyang dikehendakki Kikuo Ibe dan pasukan Project Tough. Apakah itu Triple Ten?

1. Tahan jatuh dari 10 meter
2. Tahan tekanan air sehingga 10 bar
3. Bateri yang tahan sehingga 10 tahun

Jualan G-Shock benar-benar melonjak pada dekad 90-an apabila remaja memerlukan jam yang sesuai dengan kegilaan mereka dalam aktiviti sukan lasak. Menurut Kikuo Ibe, pihak Casio langsung tidak menyangka G-Shock boleh menjadi popular kerana ianya sebenarnya dijual dan dihasilkan untuk sektor pembinaan bukan untuk pasaran remaja. Bagi memenuhi keperluan peminat G-Shcok dari golongan wanita pula Casio mengeluarkan Baby-G pada tahun 1991























G-Shock menjadi semakin lagendary pada tahun 1993. Pada tahun ini berlaku Battle of Mogadishu di Somalia. Insiden ini juga dikenali sebagai insiden Black Hawk Down. Pasukan elitDelta Force menggunakan G-Shock sebagai jam pilihan ketika melakukan operasi dan pada hari berdarah ini G-Shock yang dipakai askar-askar elit ini mampu berfungsi walaupun in battle condition. Sejak dari hari itu anggota tentera dari cabang bukan elit pun mula menggunakan G-Shock kerana ianya satu-satunya jam yang boleh dikatakan battle proven.

Categories

Sample Text

Blog Archive

Total Pageviews

Pages

Powered by Blogger.

Most Trending

Popular Posts

Recent Posts