Monday, March 23, 2015


Ramai yang tidak perasan, sememangnya pembelian gadget gadget yang membabitkan teknologi akan mengalami susut nilai walaupun baru sesaat selepas dibeli. Jadi untuk menjadi pengguna yang bijak seharusnya memikir dan memilih spesifikasi yang diinginkan, tempoh penggunaan, dan nilai pembelian gadget yang dibeli.

Tiada istilah "JUALAN RUGI" dalam menjual gadget gadget teknologi seperti handphone dll, kerana bagi saya membeli gadget gadget teknologi sememangnya rugi, kecualilah anda seorang "penjual balik" iaitu seperti pekedai pekedai handphone terpakai, kerana mereka akan membeli dengan harga yang telah mereka tetapkan dan menjual semula dengan keuntungan.

Apakah yang perlu anda ambil kira sekiranya ingin membeli sesuatu gadget seperti handphone?

1.Spesifikasi
Anda perlu memeriksa dan membandingkan model handphone yang anda inginkan dengan model handphone yang lain. Adakah anda rasa berbaloi sekiranya model A yang popular menggunakan 1gb ram , camera 10mp berharga rm700, manakala model B yang kurang popular pula menggunakan 2gb ram, camera pula 12mp dan berharga rm350. 

2.Jenama (brand)
Jenama turut memberi peranan kerana ia mengambil kira pengguna yang menggunakan sesuatu handphone, sekiranya Jenama A sangat popular ini bermakna semakin teguh pasaran dan pengguna , sekiranya anda ingin menjual balik harganya tidaklah begitu jatuh.

3.Tempoh Penggunaan
Adakah anda pernah terfikir selama mana penggunaan gadget yang anda ingin kan? Adakah setahun,2 tahun atau dua bulan? Sekiranya anda dalam golongan yang gemar menukar handphone kurang daripada setahun sepastinya anda dapat merasakan kerugian nilai belian.

Anda berhak memikir dan memilih apa yang anda inginkan. ini hanyalah sebahagian tips untuk membeli gadget teknologi terutamanya handphone.

Sekiranya diberi pilihan, saya akan memilih model B yang kurang popular dan saya juga bukanlah seorang handphone trendy yang akan menukar sesebuah handphone dalam setahun, dan saya rasakan saya akan menggunakan paling kurang dalam jangkamasa 3 tahun. Dengan nilai pembelian yang murah dan adanya spesifikasi yang saya inginkan, saya rasa ianya berbaloi.
Pilihan di tangan anda.

0 comments:

Post a Comment

Categories

Sample Text

Blog Archive

Total Pageviews

Pages

Powered by Blogger.

Most Trending

Popular Posts

Recent Posts